Selasa, 13 Disember 2011

ReNunGan..

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; 
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. 
Jika ingin lihat amanahnya seseorang, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu.
Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara & berurusan dengan org berlainan jantina yg 'cantik' & 'handsome' @ disukainya.

Sabtu, 10 Disember 2011

impianku...

Dalam hidup setiap insan pastinya ada impiankan... dan aku adalah salah seorang dari insan yg mempunyai impian... cuma yang membezakan tiap2 impian adalah apa yang diharapkan dalam kehidupan sama ada dalam percintaan ,persahabatan ,perkahwinan, alam pekerjaan dan banyak lagi kan...apapun semuanya menharapkan ia menjadi kenyataan ... aku juga pernah berangan nak kahwin  tapi mungkin ia tidak menjadi kenyaatan kerana aku tahu yang aku tidak sesuai  untuk mendekatinya.. lalu aku mendiamkan diri sambil mengharapkan insan itu bertemu dengan orang yang disayangi.. sebenarnya  aku juga punya harapan yang ingin berjaya.. walaupun kekadang keputusan itu kuambil bukan  atas kehendak aku semata .. tapi aku yakin  pasti ada jalan tiap2 kepayahan itu.. zaman kejatuhan , kejayaan ,itu semua aku dah rasa walaupun aku tidaklah setua mana...aku  hanyalah anak gadis yang mengharap dan sedang berusaha  agar aku berjaya ... mungkin kekadang keputusan yang kuambil tidak dipersetujui oleh diri ini tapi aku terpaksa demi menjaga semua pihak.. tapi ada masanya aku tewas juga dalam menjaga hati semua.. itu lah dunia.. dunia yang tidak pernah berhenti memaparkan seribu kisah yang tidak terduga oleh kita.. tapi  aku percaya yang itu semua adalah asam garam  nyer.. serupa macam masakan kalo tidak cukup ramuannya pasti masakan tidak sedapkan... itulah yang menariknya dunia...